rss
twitter
    Jom follow Twitter saya @fadlitahir :)

Tuesday 6 October 2009

Terima Kasih Sayang

Photobucket

Ini adalah entri serius & emosi diriku. Kepada mereka yg xsuka nak baca pasal emo aku, JANGAN “Baca Kisah Seterusnya.” Untuk mereka yg sudi membaca luahan hatiku ini, tiada ucapan lebih bermakna daripada perkataan “Aku Sayang Kalian Semua..”




Dalam banyak2 hadiah yg diberi oleh ex-gf aku, jam yg kat atas nih yg paling memberi makna.. bukan aper, jam ni lah yg aku pki hari2, aku tgk n aku konpem akan ingat kat dia.. tp slepas seminggu kami berpisah, smalam merupakan hari yg paling aku terluka bler mengenag kembali kenangan terindah bersama nyer.. apakan daya tempoh 3 tahun sia2 begitu sahaja.. bermacam alasan dan punca menjadikan kami sudah tidak serasi lagi..

Nukilan kali nih mungkin coretan terakhir aku tentang diri nyer.. khas dedikasi terima kasih untuknya sbb tanpa dia mungkin aku tidak mengenali hakikat kehidupan dan takdir yg memang tidak dapat dielakkan.. skarang baru aku sedar begitu sakitnya kehilangan org yg sgt aku sayang.. begitu byk air mata yg telah dialirkan mungkin kesal dgn perkataan dan tindakan bodoh aku sendiri yg tidak menghormatinya dan tidak mahu mengubah kehidupan..

Mungkin lumrah dunia, apabila kita jatuh, tidak semua yg sanggup utk hadapi bersama.. bukanlah maksud aku bhw dia tidak boleh susah bersama, tetapi situasi kali nih tidak seperti yg aku sangka, perpisahan yg hanya disebabkan satu perkara.. hanya mereka yg btol2 rapat dengan aku, pasti faham akan perkara itu.. ya.. aku mengaku aku silap tentang itu..

Bukan aku tidak mahu berubah, tetapi aku sgt percaya perubahan diri perlu dibuat dengan niat yg ikhlas dan mengikut cara yg sepatutnya.. bukan dlm keadaan yg tergesa2.. Maaf jika ini adalah alasan, tp sesungguh nyer ia adalah caraku.. melakukan sesuatu perlu mengikut cara dan keikhlasan.. sbb aku percaya, setiap apa yg aku lakukan, aku akan lakukan dengan bersungguh2 dan memberi sepenuh perhatian terhadap apa jua perkara yg dilakukan..

Semua nyer sudah terlambat.. pujukanku smalam, masih tidak dapat diterima.. puas dah aku menerangkan segala nyer.. tp dia masih tidak mahu menerima kekurangan ku.. maaf sbb ader beberapa perkara tidak dapat ku nukilkan disini sbb sensitiviti dan perasaan yg perlu dijaga.. namun si dia perlu ingat, setiap perkara yg telah ku lakukan ini, sama ada aku tegur, aku marah, aku tengking, aku merajuk, aku diam… semua itu hanya kerna mahu kamu sedar tentang kesilapan mu.. yg mahu menjadikan dirimu yg terbaik bila bersamamu.. hanya ada niat yg ikhlas demi perhubungan yg lebih baik.. tp itu semua sudah terlambat..

Setinggi ucapan terima kasih kerana menjadi teman susah senang hidupku selama 3 tahun 2 bulan ini.. maafkan segala kesalahanku dan keegoanku sama ada yg zahir mahupun yang batin.. kini aku sudah tidak mampu lagi untuk membahagiakan mu.. kamu begitu yakin dgn keputusan dan jalan yang kamu pilih ini.. adakah disebabkan kehadiran insan baru dalam hidupmu membuatkan kamu sgt yakin dgn pilihan ini.. entahlah.. aku hanya mampu berdoa agar kamu berbahagia dan diberi kesihatan yang sempurna.. terima kasih cinta..

Begitu berat untuk terima hakikat ini, pedih sgt.. byk sgt perkara yg dilakukan bersama.. hanya tangisan yg dapat ku lakukan.. hidup perlu diteruskan.. adakah satu perubahan drastik akan ku lakukan? Doakan aku..

Terima kasih kepada semua rakan rapatku; Malin, Apad, Mirul, Faizul Procurement, Nazrul, Faizul CRD, Fazrul, Dayah, Siti, Alin dan kepada semua yg memberi aku semangat utk menerima hakikat ini..

P/s: Maaf Malin n Apad, nukilan ini adlh ungkapan terakhir untuk dia agar dia sedar yg aku sgt2 menghargai diri nya.. Aku janji aku akan kuat utk terima dugaan ini.. tanpa korang, mungkin aku akan terus menangis.. LiLFaDLi telah menjelaskan makna nama yg sebenarnya..




11 comments:

cL said...

hurm..hope pali tabah dgn dugaan yg menimpa..

inilah dkatakan CINTA

hope pali btmbah matang dlm situasi sbegini.

mungkin dia bkn tuk pali.

ape3pn... dun u ever give up.

BunBinG said...

sabar je la mate.. aper2 pun terjadi, ko xkan kehilangan aku..

Fadli Tahir said...

Lola: thx alot.. benda nih mmg btol2 pengajaran utk pali.. pali pon sedang berusaha menerima hakikat hidop..

Bunbing: thx bro.. sejak kolej lagi ko tempat aku mengadu gak.. awek tingkap masa zaman kolej dulu pon dlm kenangan.. (skang da kawen dah pon dgn org lain plak tuh.. hehe..)

Norazlin Mat Nasir said...

C...berapa ramai yg amik berat....berbanding dugaan yg menimpa saya dulu...sehingga melibatkan malunyer keluarga saya... kite kene kuat.... mungkin lps ni lagi hebat dugaan yg diberikan... yg penting...ingat bhw hanya DIA taiu apa yang terbaik untuk kite...

Cik Nila said...

This is what we call life bro.. Ups & Downs.. Amik la masa kamu seberapa mana kamu nak untuk bangun balik.. what ever happens, we frens - we'll back up each other k? keep it in mind..

p/s: next week Pali join volley ball.. Oooyeahh!!

Pho+0 BinGGuNg said...

hope lebih cekal... asam garam dunia... tuhan lebih mengerti... cinta kadang2 perlu perpisahan.. supaya masing2 akan mengenali diri sendiri.. aku sebagai kawan jauh... harap ko jgn pikir byk2 sbb luka cinta nie pedih... kadang2 boleh menyebabkan rakan2 lain trut sedih.. doa dan sembahyang adalah ubat mengembirakan hati...

phat_lee said...

hak ko bro nak tulis pasal benda2 nih. i've been in this situation, and like i said before, kengkawan la tempat kita nak mengadu.sometimes, we need help from stranger bro, maksud aku, bukan dari family sendiri..mcm malin ckp, kita kawan, we back up each other. hang susah skg,mana tau nnt aku lak susah..who knows kan? hope apa yang kita discuss aritu, dapat bukak mata hang...jgn duduk kat bucu bilik sensorg bro.anythg, kitorg ada..

Fadli Tahir said...

Thanx a lot to Alin, Malin, Mie & Apad.. thx for ur supports.. aku yakin aku akan tabah hadapi semua nih.. so mari mulakan idop baru & semangat yg baru.. aku thutang kasih kat korang dah.. so doakan yg terbaik.. tq tq tq tq tq.. :D

phat_lee said...

Carl's Junior!!!...(mcm ada kas kas jek)

toyvios said...

bro..ni la entry yg paling sedih wa baca...tp rilek ar bro...mungkin dia terbaik utk org lain..lu nyer terbaik nanti akan tiba...

Fadli Tahir said...

Thanx bro.. Harap jodoh sbenar akan tiba.. yg penting dia bleh trima aku seadanyer & bleh idup susah senang bersama.. huhu.. Insyaallah..