rss
twitter
    Jom follow Twitter saya @fadlitahir :)

Saturday 10 April 2010

Review: How To Train Your Dragon


Salam sejahtera kepada semua, berada nyer saya pada entri kali ini adalah untuk saya ingin mengisahkan sebuah cerita ceritera sebuah filem yang maseh available untuk tontonan kalian semua (konpem jahanam aku nyer bahasa nih.. adik2 jgn follow ek wat karangan spm camnih.. hahaha..) seperti yang sedia maklum melalui entri saya yang terdahulu, ader menyatakan tentang ulasan saya berkenaan citer Camne Ke Keretapi Naga Anda.. oopppsss… silap pulak.. sebenar nyer adalah How To Train Your Dragon.. muahahaha..



Haish.. back tue normal kay, xperlu aku nak bermadah helah.. lalaala.. orait.. aku yakin korang sumer tahu bhw ini adalah citer kartun. Aku mmg ske tgk citer kartun derr.. tambah lagik kalu jenis citer kartun yg mcm nih.. Ia mengisahkan seorang budak bernama Hiccup merupakan seorang anak kepada ketua perkampungan Viking.. hahaha.. penah dengar pasal Viking? Ala. . sejenis kaum dongeng yg kesemua memakai topi yg ader tanduk tuh.. yerrr… ia digunakan sebagai pertahanan untuk melawan musuh yer adik2.. Hiccup merupakan seorang yg agak lemah dan disebabkan itu, dia tidak diperlukan untuk menyertai semua penduduk Viking untuk berperang dengan naga2 yg berkeliaran.. hahaha.. comel kan ? Hehe..

Alkisah diperkampungan ini, pelbagai jenis naga yang berkeliaran pada masa tertentu untuk merampas binatang ternakan penduduk kampong.. bapa Hiccup sebagai ketua kampong akan memastikan semua penduduk kampong termasok anak2 muda untuk turut sama melawan naga.. ader mcm2 jenis naga yg salu menyerang.. ader kecik, ader besar, ader kurus, ader buntal, ader yg muka ganas dan ader gak yg kiut.. naga kiut? Hehehe..

Filem nih yg mmg sesuai untuk tontonan seisi keluarga ini akan turut memastikan mereka yg menonton nyer akan mendapat moral yg baek dan jalan cerita ini sgt menghiburkan.. Disebabkan Hiccup seorang yg lemah dan tidak mampu untuk berperang sbb nak pegang kapak pon xlarat.. hihihi.. maka ayah nyer telah mengarahkan dia bekerja sebagai tukang besi untuk membuat kapak, pedang, anak panah untuk kegunaan penduduk kampong.. secara senyap Hiccup telah mencipta satu alat penangkap naga demi memastikan penduduk kampong berbangga dengan dia sbb mampu menangkap naga dengan cara dia yang tersendiri.. alkisah disatu malam naga menyerang kampong dan Hiccup pon mengambil peluang untuk menangkap naga gak. Ditakdirkan tembakan alat penangkap naga ciptaan Hiccup mengenai sasaran, dan naga yang terperangkap berkenaan terhempas diluar kampong..

Disebabkan penduduk kampong yg tidak percaya bahawa Hiccup telah berjaya tangkap naga, maka Hiccuppon kuar masok hutan untuk mencari naga yg berjaya ditangkap.. lastly dia jumpa gak naga tuh, tp sebenar nyer Hiccup telah menangkap seekor naga yg paling ganas diantara kesemua naga.. naga tersebot bernama Night Fury, mungkin sbb dia hitam kot, tu pasal panggil night fury.. hehehe.. alkisah disebabkan Hiccup baek hati dan melepaskan naga tersebut, akhir nyer Hiccup berkawan dengan night fury.. night fury sbenar nyer xbleh terbang dengan betul karne sayap ekor nyer telah rosak sbelah.. maka Hiccup telah mencipta sayap palsu untuk night fury serta mengenali NF dengan lebih lanjut.. Hiccup juga telah train NF cara untuk gunakan sayap palsu tersebut dan akhir nyer NF berjaya terbang dengan betul semula.

Pada masa yg sama, dikampung, Hiccup bersama budak2 kampung yg lain diajar untuk mcm maner utk tangkap naga.. mereka diajar oleh org kanan ayah Hiccup.. hehe.. mmg klakar lah sbb walaupon bebudak lain mmg taksub utk lawan naga2 yg dikurung, tp disebabkan Hiccup telah mengetahui kelemahan dan cara mengawal naga, maka akhirnya Hiccup telah dianggap hebat kerana berjaya didalam latihan untuk menangkap naga.. padahal Hiccup telah menggunakan skill untuk menjinakkan naga yg dipelajari dari NF.. hehehe.. so skang sumer org kampong menyanjungi nyer dan orang yg paling gembira tentulah bapak dier.. hehehe..

Pada satu hari, aktiviti rahsia Hiccup bersama NF telah diketahui oleh rakan pompuan nyer.. kira nyer dia nih hot laa kan sbb Hiccup pon ske kat pompuan nih yg bernama Astrid… akhirnya NF telah membawa Hiccup dan Astrid ke satu gua dimana ia menerangkan segala nyer tentang mengapa naga2 salu menyerang kampong dan merampas binatang ternakan.. rupa2 nyer binatang ternakan tersebut bkn laa dimakan oleh naga2, sbenar nyer Raja segala naga yg mmg besar giler yg duduk dlm gua tuh yg makan.. kira nyer, kalu naga2 lain xbwk makanan untuk dier, nanti Raja Naga tuh plak makan naga2 sbb tensen xdpt mknan sewajar nyer.. waaahhh…

Oleh karne rahsia gua nih terbongkar, ayah Hiccup telah belayar ke gua tersebut bersama penduduk kampung untuk memusnahkan naga besar tersebot.. Hiccup telah mengajak rakan2 nyer yg lain untuk turut sama untuk berkawan dgn naga yg dorang guna masa training harituh bagi membuktikan naga2 nih sbenar nyer adalah baik dan tidak menyusahkan penduduk Viking.. hehehe.. ayah Hiccup dan penduduk Viking akhirnya tidak mampu utk menewaskan Raja Naga tuh sbb terlalu terlalu kuat.. jadi, Hiccup dan rakan2 telah menggunakan cara mereka tersendiri untuk mengalahkan Raja Naga tersebut.. Hiccup bersama NF telah saling berkejaran dan terbang naik turun awan dan akhirnya Raja Naga berjaya ditewaskan..

Akhirnya, kampong Viking telah kembali aman dan kini naga2 merupakan rakan2 dan naga2 berkenaan telah menjadi sebahagian drpd penduduk kampong hidup gembira bersama… waaahhhh… very happy ending.. hehehe.. syok kan aku wat full coverage citer nih.. sbb nyer snang jek, smmg aku mmg enjoy citer nih.. saper kata yg lemah tidak mampu untuk melakukan sesuatu yg hebat.. jadi, movie ini menerangkan quote tuh.. hahaha.. alkisah nyer gak, citer nih aku tgk 2 kali derr, iaitu versi 2D dan 3D.. bler tgk yg 3D konpem lah lebih layan kan .. mmg best dan puas ati.. hehehe.. masehh sbb ske baca entri sy.. hihihihi…


No comments: