rss
twitter
    Jom follow Twitter saya @fadlitahir :)

Tuesday 14 June 2011

Mari Spray Sportrim Kaler USDM ;D


Hai adik2.. Hari ini abang nak berkongsi bersama adik2 tentang bagaimana cara nyer untuk men'spray' (hamek kau!!) sportrim keta korang supaya menjadi lebih segar dan ceria.. Yerrr.. Memang btol, untuk memiliki sportrim dgn warna terang2 cenggini bukan lah satu perkara mudah. Abang sendirik telah mengambil masa lebih seminggu untuk mempunyai kekuatan tentang pilihan warna yang sesuai dengan jiwaku ini.. Uhuk uhuk.. 

Stelah dirachoon oleh kawan2 kelab, akhirnya abang tabah utk memiliki warna pilihan abang sendiri.. (Walauwehhhh!!! Mcm siot jek ayat!!) Susah bebenor nak carik spray tong kaler unggu nih.. Lepas masok kedai hardware ketiga (hari ahad plak tuh, byk kedai tutup.. Kedai elektrik pon tutup.. Aper kess.. Pulak dahh..) barulah aku jumpa warna Violet Blue dengan kod warna 44 brand Anchor yg sememang nyer brand pilihan.. Hehehe..

Kat sini abang nak story step by step cara nyer.. Kepada yg berani nak folo, meh laa ikot step abang neh yerr.. Sebarang kegagalan, abang xmo tanggung.. Pepandai laa korang ejas yerr.. Hehehe.. Memula meh abang kenalkan kat korang, bahan2 nyer adalah seperti berikot:- 


Cat tin warna RM7.00 x 4 = RM28.00
Cat tin clear RM6.00 x 1 = RM6.00
Masking tape RM1.50 x 2 = RM3.00
Surat kabar lama = Kos tersembunyi.
Payong = Jika takot panas (tambah RM20.00 jek)

Setelah bahan tersedia, sila pastikan rim adik2 tidak berminyak.. Abang leh cadangkan supaya adik2 g la gosok rim2 tuh serba sedikit dengan menggunakan kertas pasir. Kemudian pastikan permukaan rim tidak berhabuk dan berminyak.. Tapi dalam kes abang plak, disebabkan abang malas, maka abang telah hantar keta utk basoh kat kedai dengan mengambil kesempatan agar rim disembur dengan cecair "chemical" (haaa.. ko sebut jek kat macha tuh, tau laa dia aper kebenda nyer nanti.. Hahaha..) Oleh itu, rim abang sudah tidak berminyak lagik.. Hehehe..


Sila balut keliling bibir bawah rim kita dengan menggunakan potongan2 pendek masking tape.. Dalam kes abang nih, adik2 abang telah menjadi pekerja tambahan dan telah dipaksa untuk menampal ke-empat2 rim keta abang nih.. Sungguh baek btol mereka itu.. Hehe.. Harus diingat, kepingan2 tape berkenaan haruslah disisip kemas ke bahagian dalam celah2 rim dan tayar.. Ini untuk memastikan bahawa apabila cat disembur, tidak terkena tayar.. Ada paham tuan arifff? Hehehe..


Proses seterusnya ialah membalut keseluruhan permukaan tayar dengan menggunakan surat kabar lama.. Sekiranya tiada surat kabar lama, sila beli surat kabar harini punya pastu sila gunakan untuk tujuan begitu.. Untuk makloman adik2, oleh karne tayar kereta berbentuk bulat, maka adik2 perlulah melipat surat kabar sedikit menyerong bagi memastikan litupan keliling tayar menjadi sempurna.. Kemudian, masking tape yg agak panjang memang diperlukan sekali lagi untuk menutup lingkaran lipatan tadik.. Sila rujuk gambar diatas untuk kefahaman yang penuh yerr adik2.. :D


Setelah melihat rim seumpama memakai skirt labuh, sila mulakan langkah pertama untuk spray lapisan asas.. Cukup dengan satu lapisan nipis yang rata kesemua permukaan, sila biarkan cat mengering sekurang2 nyer dalam 15 minit.. Perlu diingatkan bahawa hasil mengecat terbaek adalah dengan memastikan aktiviti mengecat dilakukan ditengah2 panas dan tidak berangin.. Juga antara tips bagi memastikan cat yg kemas, sila sembur cat dalam lingkungan jarak 30cm terhadap permukaan yg hendak diwarnakan. Amaran!! Sifat kesabaran dan kecekalan yg amat tinggi amat diperlukan didalah aktiviti ini. Kalu adik2 xleh sabar dan nak cepat jek, adalah lebih afdal jika abang nasihatkan agar adik2 xyah buat aktiviti prestasi tinggi nih.. Hahaha..

Setelah 15 minit berlalu, boleh lah di spray lapisan yg kedua dengan menggunakan teknik yang sama.  Kemudian sila tunggu lagik 15 minit.. Setelah 15 minit berlalu, boleh lah di spray lapisan yg ketiga dengan menggunakan teknik yang sama (ayat kopipes cemerlang). Setelah lapisan ketiga ditembak, kita perlu memastikan kesemua cat itu tadik btol2 kering dan sempurna.. Walaupun terik dipanahan mentari, peluar keluar mencurah2 dan air oren sejuk setengah jug dihabiskan, kod etika sabar tetap menjadi pegangan.. Fuhhh... Dasattt... Perenggan ini bertujuan apabila spray clear dilayarkan diakhir proses; warna tidak menjadi pecah dan berubah bentuk asal nyer..  Huhuhu.. Dalam erti kata yg lain, slepas 45minit menahan nafsu, sempuran warna clear dilemparkan secara nipis ke atas keempat2 rim.. Sila tunggu lagik stengah jam untuk memastikan kesemua cat telah kering sempurna.


 

Dalam kes abang nih, memula plan nak spray 2 tayar blakang dulu kasi habes, tp berbekalkan sikap konon nyer bersistematik ditonjolkan demi menjimatkan masa.. Erti kesabaran masih lagik dikekalkan, cuma berubah strategi penyelesaian kerja.. Fuyoo.. Maka dengan bantuan batu bata dan batu lapik pasu bunga mak aku berjaya dicilok sementara demi memastikan usaha2 murni ini berjalan lancar.. Stelah batu menjadik pelapik gandar belakang, proses yg sama dipraktik kan dibahagian hadapan.. Akhirnya set rim depan berjaya ditemukan jodoh bersama cat warna jambu ini.. Kekekeke..

Stelah semua proses dilakukan, stelah 2 btol besar peluh dikeluarkan, stelah peha menjadi kebas akhirnya rim kesayangan hamba berjaya berubah wajah.. Ohhh.. Trase hensem plak diri ini pabila melihat set rim ku berwarna riang ria.. Memang kepuasan adalah nilai tidak terhingga sampai kan emas telah dipandang hina.. (Adoiiii.. Teruk dah bahasa ko nih.. Kekeke..) Jangan marah ehh adik2 kerana abang terlalu beremosi.. Ini semua hanya gurauan penghibur hati.. Hehehe.. 


Korang jangan xtau, the moment nak pasang balik rim kat tayar merupakan detik yg amat saspen.. Nak jawab UPSR pon xsaspen cenggini.. Almaklumlah takot2 skru dan spanar silang tersentuh permukaan cat.. Kang menyesal plak jadik nyer.. Pelan2 yerr bro.. Jgn gelabah sgt.. Maka akhirnya kasut keta ku kini cuba mendekati tema kaler USDM yg menjadi trending dikalangan member2 Kenarianz aku.. Ada hemsem x keta saya? Hehehe..

Berikut merupakan antara rakan2 yg menjadi punya aku terachoon dan terjebak ke kancah USDM nih.. Hemsem x? Hehehe.. Kredit gambar kat owner memasing yerr.. Hehehe..

 
Keta Kimi - Punca kejahatan.. Hehe..

 Keta Arm - Champion Punyer

Keta Aliff - Hasil kemas sbb anta kedai.. Hehe..

 Keta Apis - Kaler feberet aku..

P/S:- Semoga berjaya!! Kesan buruk yg bakal ditempuh ialah korang kene sunburn dan sakit peha dan kaki sebab berdiri dan mencangkung sbb mengecat time tgh2 panas..Hehehe..

9 comments:

Cik Nila said...

tuan hakim.. kalau kikis cat tu keluar x?

Fadli Tahir said...

Kuar jugak kekadang.. Huhuhu..

artline 0.6 said...

cm sy buat letak cat primer dlu sblum cat gune kale pilihan... nnt efek lg cun... sbb time gune anchor orange tuh kale die agak transparent. so mule2 1 lapisan primer, pastuh 1 lapisan kale putih pastuh baru letak oren pastuh bru clear... so kale oren tuh jd highlight walaupun bukan kale florescent...

Fadli Tahir said...

btol bro.. itu kaedah yg terbaek n warna lebih kemas dan cantik.. sy nyer step simple jek sbb malas.. kekeke..

Haziq Hamdan said...

salam tuan..pki spray can ni ley tahan lama x.?

Azimpakarmotor said...

cun

Azimpakarmotor said...

boleh x lau spray clear 2k...coz hasilnye msti lbih cun mlecun..

Azimpakarmotor said...
This comment has been removed by the author.
Unknown said...

macam mane nak joie club kenari...saya ada sebijik...tapi xda geng....