rss
twitter
    Jom follow Twitter saya @fadlitahir :)

Monday 29 August 2011

Pra Merdeka Raya IWK ;D


Salam sejahtera kawan2.. so skang aku nak sharing pasal kemeriahan menjelang sambutan hari raya dan hari kemerdekaan. Adapun telah diwar2kan oleh pihak pengurusan IWK, melalui Jabatan Komunikasi IWK; telah menganjurkan pertandingan dekorasi setiap jabatan. Maka, dengan penuh semangat kami semua telah bersama2 untuk mencantikkan deparment masing2 dengan hiasan dan dekorasi kreatif untuk dipersembahkan dan diadili oleh juri (saper lagik kan, mestila juri yg nak bg markah.. kekekeke...)


Memang tidak dinafikan sebenar mmg byk bakat terpendam oleh staff2 iwk dalam menghias.. Pelbagai gubahan seperti anyaman ketupat yg digantung, kad raya, baju raya, set meja makan hari raya, peralatan antik, lukisan, riben, susunan pelbagai peralatan hari raya dan peralatan simbolik kemerdekaan.

Apa yang lebih menarik, setiap department telah menyediakan sudut khas seperti set pondok buluh beratap rumbia, set memasak sempena hari raya dan set rumah kampong yg dibuat sendiri oleh staff iwk. Mmg aku kagum dengan bakat dorang. Cantik dan meriah jadi nyer..  Hehehe..


Acara kemuncak telah berlangsung dengan lawatan oleh CEO IWK dan pengiring melihat hasil kreativiti staff pada hari rabu 23 Ogos 2011 dan kemudian disusuli lawatan oleh Pengerusi IWK pada hari jumaat 25 Ogos 2011. Keceriaan terpancar diraut wajah tetamu VIP berkenaan. Hehehe..

Keputusan jabatan yang telah membuat dekorasi paling kreatif akan diumumkan pada Majlis Jamuan AidilFitri yang akan berlangsung di Dewan Komuniti DBKL, Bukit Bandaraya Bangsar pada 15 September 2011 nanti. So memang nerbes lah kami selaku warga jabatan perhubungan pelanggan kerana pada tahun lepas jabatan kami telah memenangi pertandingan dekorasi dan jamuan deeparaya pada tahun lepas.. Saingan yg sengit dari jabatan lain sememang nyer mencerminkan kerjasama antara staf. :D

 


















Lagi gambar sila klik DISINI :D

No comments: