rss
twitter
    Jom follow Twitter saya @fadlitahir :)

Monday 29 August 2011

Perutusan AidilFitri 2011

Asssalamualaikum kawan2.. Dikesempatan dan masa yang agak singkat ini, izinkan saya yang hina ini untuk sama2 memohon sepenuh kemaafan atas segala kekhilafan sebagai insan yg lemah dimuka bumi ini.. Sebagai insan biasa saya juga turut melakukan kesilapan sama ada sedar mahupun tidak..
 
Perjalanan sebagai seorang manusia yang tidak berapa hebat ini bukanlah mudah.. Saya masih percaya untuk mendapatkan sesuatu yang terbaik, kita perlu belajar untuk membuat kesalahan terlebih dahulu. Andaikata tersilap kata dan tersalah bicara sepanjang mengenali korang secara fizikal dan emosi serta melalui penulisan blog ini, ampun maaf dipinta dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki..


 
Ucapan jutaan penghargaan untuk pembaca blog yang setia (anda tahu siapa anda kan? Hehehe..) dan tidak pernah putus untuk mengetahui perkembangan blog ini dan sharing saya diblog ini seadanya.. Skali lagi pena ini memang tidak hebat; hanya mahu berkongsi kegembiraan dan apa yg dilalui agar kita menjadi lebih matang.
 
Ingin berkongsi sedikit tentang sambutan hari raya saya pada tahun ini tidak lah terlalu teruja. Mungkin disebabkan faktor umur yang semakin banyak nih menjadikan semangat itu tidak sama seperti saat menyambut raya masa time kecik2 dulu kan.. Sepasang baju raya baru shj dibeli semalam serta sedikit barang keperluan diri telah dibeli minggu lepas. Tetap bersederhana dalam perbelanjaan yg agak terkawal.. Hehehe..

 
Masih rindukan suasana hari raya dikampung halaman dan kemeriahan bunyi mercun dan bunga api disamping gelak tawa gembira. Namun, dengan situasi semasa yang agak terhad saya bersama famili tercinta InsyaAllah akan beraya di Puchong jek.. Xbalik kampong pon sebab kedua atuk dan opah telah tiada.. Mungkin sudah menjadi kebiasaan kerana kami telah meraikan lebaran ditempat mastautin dah lebih empat tahun.. So xdela terasa sgt kerana seluruh ahli keluarga memang berkumpul bersama dan mengerjakan solat hari raya bersama2..

 
Dikesempatan ini juga saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya AidilFitri 1432H dan Selamat Hari Merdeka ke 54. Mohon maaf zahir dan batin kepada semua rakan2 opismate, rakan2 Kenarianz, sahabat handai serta anda sbg pembaca blog ini.. Akhir kata, sila pandu kenderaan dengan berhati2 sepanjang perayaan ini khasnya dan smoga lebaran ini lebih bermakna buat korang sekeluarga. Amin :D

P/S: Kredit kepada owner gambar yg diambil kat google.. Hehe..

No comments: