rss
twitter
    Jom follow Twitter saya @fadlitahir :)

Friday 8 July 2011

Kenari Big Day Out

Kenarianz - Its All About The Rides
Dah hampir seminggu event ini dah berakhir.. Tapi kenangan yang terhasil telah terpahat dihati.. Maner x nyer, sepanjang pengetahuan aku, belom lagik ader maner2 pihak yg menganjurkan gathering bagi pemilik kenderaan perodua kenari.. Setelah perancangan daripada otai2 kelab2 kenari serta mereka yg agak berpengaruh dalam dunia k-car terutama nyer segmen kenari, maka gathering pertama berjaya menghimpunkan lebih 150 buah kenari bertempat di kawasan parking MMZ Bukit Jelutong, Shah Alam pada 2 Julai 2011 yang lepas..


Kenarianz juga menyokong penuh aktiviti ini dengan sebilangan besar ahli aktif berjaya dikumpulkan bersama.. Kami mula berkumpul di RV Point 1 (Petronas Uniten) & RV Point 2 (Esso Shell Batu 3).. Dengan kawalan traffic oleh marshal2 Kenarianz, maka kami tiba di lokasi gathering pada pukol 2 lebih.. Ketibaan kami juga disambut dengan deretan kenari2 yang telah tiba awal dan rakan2 k-car yg setia menunggu sehingga ke petang.. Antara kelab kenari Move lain yang turut hadir ialah kelab D'Syndicate, JOJ, KCDN, KeicarMania dan lain2 lagi.. Memang respek gler kat mereka yang datang dari utara demi menjayakan event nih..

Sedikit info untuk kawan2 yang kurang mengenali dunia modifikasi kenari, ilham utama proses modifikasi berpunca dari kembar kenari dari negara Jepon iaitu model Daihatsu Move.. Terdapat pelbagai jenis bodikit Daihatsu Move seperti Aerodown, Peanut, RS, American Metal 1 & 2, Casual & YRV.. Apa yang paling penting disini ialah saper yg banyak duit, leh lerr make-up paling cunnn.. Lepas tuh saper yg rase enjin stended kenari xcukup power, leh lerr tuka kepada enjin turbo Daihatsu Move L9 660cc atau Move YRV 1.3cc..

Memang banyak kenari dah kene make-up kaw2 yang datang.. Sampaikan mereka berhabes banyak duit demi memastikan kenderaan kesayangan cantik dan berkuasa.. Mmg xmustahil ada diantara mereka yang telah berjaya membelanjakan lebih RM10k untuk modifikasi yang sememang nyer menarik perhatian kebanyakan peserta pada petang itu..

Nasib baek laa ader mapley dekat ctu.. So bleh laa makan2 n minom pada yg lapar.. Hehehe.. Aktiviti lain seperti bersembang2 dan berkenalan sesama peminat kenari dapat dilihat dengan mesra nyer.. Kepada empunya kamera sekecil henpon sehingga ke DSLR canggih, memang lah tidak melepaskan peluang untuk merakamkan detik bersejarah itu.. Ader gak kawan2 yg lebih kretif dengan merakam video kenangan yang sememang nyer menarik perhatian..


















Sekalung tahniah kepada penganjur yang menjayakan aktiviti ini dan besarlah harapan kalau ia boleh dijadikan aktiviti tahunan agar kelab2 kenari dapat berhimpun dan meluaskan pengetahuan berkenaan kenari Move ini.. :D

No comments: