rss
twitter
    Jom follow Twitter saya @fadlitahir :)

Sunday 2 May 2010

Wayang: When In Rome & Iron Man 2

Haaa.. mari wat riview pendek pasal 2 citer yg aku tgk baru baru nih.. Citer When In Rome & Iron Man 2..  Mari baca seterusnyer yerr kawan2..



When In Rome
Memula masa nak bli tiket citer nih, aku xrase langsong dier nyer feel sbb aku budget mesti citer nih cerita cinta biasa jek.. ditambah plak diawal movie nih aku rase agak aku pon xtau aper main idea nyer.. tp berkat kesabaran ditambah aksi2 klakar citer nih semakin menarik perhatian aku..Citer nih mengisahkan Beth merupakan seorang kurator muzium yg hebat.. kira kerja dia nih mmg memerlukan komitmen yg tinggi..
Akibat itu, Beth sampai tidak memikirkan jodoh nyer selepas hubungan nyer terdahulu tidak berjaya kerana exbf dier xfaham komitmen kerja dia.. Ditakdirkan adik Beth kene kahwin kat Rom, so Beth mempunyai masa 2 hari shj utk menghadiri majlis kawen adik dier.. Semasa majlis perkahwinan adik dier, Beth berkenalan rapat ngan Nick dan tetiba menaruh harapan.. semasa majlis tuh jugak Beth ternampak Nick bermesra ngan pompuan lain plak.. dahh tensen.. dia g mabok n g masok kolam Fountain of Love.. woohh.. pastu Beth g curi 5 syiling cinta yg dicampak ke kolam oleh org yg berhajat dlm bercinta..
Akibat tuh Beth dikejar oleh kelima2 empunnya syiling tuh.. sumer da suka kat Beth laa plak.. sbb ikot firasat Rome, org yg buang hajat syiling tuh akan jatuh cinta kat sesaper yg amek syiling tuh.. 1 drpd 5 syiling adalah milik Nick, tp Nick nyer syiling plastik yg guna utk game aper tah aku pon xingat tetiba.. wakaka.. alkisah 4 dprd pemilik syiling mengejar Beth hingga kembali ke New York wpon hakikat nyer Beth xtau ia berpunca dr syiling yg dicuri..
Namun, sumpahan syiling tuh berakhir stelah Beth menerangkan kesilapan nyer mencuri syiling tuh dihadapan 4 owner syiling.. Namun syling milik nih sbenar nyer xde sumpahan sbb syiling plastik, Beth tahu ia milik Nick tp takot cinta Nick hanyalah sumpahan syiling.. Akhirnya Nick terangkan ia bkn sumpahan, maka dorang pon fell in love smula.. hehehe.. 

Byk scene2 yg best & comel.. terutamanyer masa sumer org naik keta kecik n mencelah2 dlm jalan jem.. hehehe... overall citer nih mmg best.. xrugi tgk.. hehehe..

-------------------------------------------------------------------------------------------------
Iron Man 2
Wooohhhh... citer yg mmg da lama tunggu.. Jumaat lepas, aku dan teman berjaya tgk citer nih wpon pada awal nyer menganggap konpem tiket abes sbb full booked.. ternyata nasib berbeza sbb most of the wayang hall pasang citer nih.. hohohoho.. nasib dpt tiket..
Citer nih merupakan kesinambungan Iron Man 1 dimana Tony Stark sgt berbangga dgn hasil Iron Man yg akan menjadi penyelamat dunia.. Akibat keegoaan dan kebanggaan empayar Stark yg hebat dan percaya tiada org yg mampu mencipta teknologi seperti yg dilakukan oleh Tony; akhirnyer Ivan menyerang Tony bersama hasil ciptaan keluarga Ivan.. Ivan menuduh keluarga Stark mencuri idea keluarga Ivan..
Iron Man pon sbenarnya ader kelemahan nyer sendiri.. maksud nyer, Tony nyer jantung pki satu cip high tech yg senang luput.. ditambah dengan tekanan dr pihak kerajaan yg mula tidak percaya terhadap kehebatan Iron Man kerana Ivan muncul membuat huru hara bersama alat ciptaan nyer.. Tony telah mencipta cip terbaru demi memastikan kuasa dlm diri nyer menjadi lebih hebat..
Ivan mmg merupakan seorang hightech super power ilmu pasal robotik dan teknologi dan bekerjasama dgn Justin Hammer; pesaing diplomatik Tony (kira empayar Hammer merupakan pesaing empayar Stark).. Justin menawarkan kerjasama dgn Ivan utk memusnahkan Iron Man.. Hero pon mesti ader besfren gak kan.. so si James Rhodes nih kira nak bantu Tony, tp disebabkan keegoan Tony yg hanya mahu handle kes nih sensorang; menyebabkan empayar Stark mengalami kejatuhan..

Wbagaimanapon, hasil bantuan Nick Fury dari organisasi SHIELD terhadap Tony; mahukan Tony membina semula kehebatan Iron Man.. Tony berjaya mencipta cip terbaru dan mendapat super power berbanding cip sebelum ini yg cepat rosak utk jantung dier dengan set dada bersegi tiga berbanding bulat sebelum itu.. hehe.. pada malam empayar Hammer memperkenalkan teknologi Ivan, akhirnyer berlaku kekecohan yg dasat akibat robot2 yg dikawal oleh Ivan utk memusnahkan Iron Man yg tetiba muncul..
Aksi terbang2 n pergaduhan nihh aku mmg ske tgk.. ditambah plak James yg memakai sut IronMan yg telah dimodified.. mmg best.. so mcm biasa, hero mesti menang arr.. mmg berbaloi tgk citer nihh.. konpem puas ati.. citer sains fiksyen mcm nih mmg bleh wat kita berfikir tentang teknologi yg hebat.. hakikat nyer aku percaya teknologi sebegitu mmg da ader.. cuma blom di reviel kat masyarakat.. huhuhuu.. btw, slamat menonton citer nih dikala citer nih masih lg panasssss di wayang.. hahahaha..

No comments: