rss
twitter
    Jom follow Twitter saya @fadlitahir :)

Wednesday 9 March 2011

Road To Broga ;D


Holaa… Pada ahad yang lepas, aku bersama rakan2 Kenarianz dan rakan2 opisku telah menyahut cabaran untuk mendaki Bukit Broga, Semenyih Selangor.. Mengikut perancangan awal, kami sepatutnyer bergerak ke Broga kol 4 pagi, tp atas disebabkan masalah yang tidak dapat dielakkan maka perjalanan konvoi bermula kol 4.45pagi yang diketuai oleh Wak. Kami tiba di kaki Broga kol 5.15 pagi dan setelah kenderaan2 kami parking baek punyer, kitorang pon memulakanlah perjalanan getir kami itu.. chewahh..

Mmg mendaki dalam gelap menyukarkan keadaan sbb mmg xnampak laluan tuh yg sebetul nyer.. kalu masing2 bawak torchlight sendiri senang sket nak suluh kan.. so perjalanan mendaki terpaksa dilakukan secara perlahan2. Diperingkat awal, memang mudah untuk mendaki sbb jalan tanah tuh mmg mudah.. sampai terdetik dalam hati xkan laa naik bukit camni punyer senang kan… hehehehe..

Haaa.. amek ko bler da start jalan xrata, berlopak dan berbukit.. da jadi susah sket karne gelap kan.. aper? Lampu jalan? Jangan laa harap ader.. tuh laa.. org soh bawak lampu suluh sendiri xmo.. degil.. ekekeke.. Ok laa kan stakat macam tuh aku masih bleh memanjat.. Tp the real cabaran is bler start mendaki tanah mendatar ke atas.. rata plak tanah basah tuh, xde batu2 atau lopak2 tanah.. dalam ertikata lain panjat menegak ke atas.. woooooo… gler ahh.. aku mengaku aku ader masalah gayat nih.. tp nak gak try naik atas walaupon dengan cara ala2 Spiderman.. orang lain sumer jalan berdiri naik atas, aku jek yg lain.. dah ler beg berat.. hehehehe.. aku mengaku kalah.. mmg aku xleh teruskan sbb otak aku jd jemm sbb xdpt nak naik lagik disebabkan gayat.. huhuhu… xtau laa aku cuma reach peringkat bukit yg keberapa.. hehe..

Kawan2 lain sumer meneruskan pendakian curam berkenaan.. gler ahh.. hanya ader tanah rata menaik ke atas.. gambar yg kat atas nih kira stage yg senang lah utk daki.. Lepas atas batu besar atas skali tuh br cabaran bermula dan aku kalah.. huhuhu.. gambar yg jalan rata tuh terlupa plak aku nak amek.. punya laa risau.. hihihi.. memalukan.. xpelah.. nasib baik chenta hati saya dok teman kan saya kat bawah.. sian dia xdpt naik atas.. hehe..

Penantian untuk melihat sinar “sunrise” agak hampa walaupon utk mereka yg berjaya dok kat atas puncak karne keadaan yg agak mendung di awan sana.. huhuhu.. so cuma dpt lihat pemandangan hari menjadi siang sahaja.. perghh.. bler tgk kat bawah, rupa nyer mmg agak curam.. patut arr pusat graviti aku hancuss.. ececehhh.. alasan.. hehehehe.. Hari semakin siang. Kol 7 pagi aku dan dia turun ke bawah smula untuk kembali ke parking kereta.. bleh plak hujan macam nak turun, tp nasib baik xjadi.. hehehe.. mmg kalu nak diikutkan, keadaan tanah yang lembab dari malam tadi menjadikan pendakian tuh agak merbahaya.. tp kalu kasot bertapak bunga besar bleh kot.. lgpon ramai jek yg naik ke atas..

Btw, pas semua kawan2 kembali ke parking kereta, kami meneruskan perjalanan ke Sungai Tekala untuk mandi manda.. Yess.. walaupon aku xberjaya sampai kepuncak.. at least aku bleh cuba mendaki sampai ketahap yg paling aku mampu mendaki (ayat nak sedapkan hati) hahahaha.. mmg ia satu pengalaman yang menyeronokkan ditambah dengan kerjasama dan sikap sporting semua kawan2.. Best amaatttt…. :D




1 comment:

Endy said...

Lol...ko x lps naik rupenyer...bykkn snman pali...jage kesihatan...hehehe