rss
twitter
    Jom follow Twitter saya @fadlitahir :)

Tuesday 15 December 2009

Live: Citer Lawak


Citer nih dpt dr email kawan2 aku.. klaka sehh.. so aku pon nak korang gelak gak.. hehe.. kalu xgelak, sumthing wrong with jalan ipoh laa tuh.. lalalala…
*** Gambar hanya hiasan semata2.. hehehe.. Aku tgh wat projek baru kat keta.. Nanti kemudian aku share ngan korang.. Hehe..


Robot Pembohong
Samad adalah seorang profesor terulung, dia berhasil mencipta robot yang boleh mengesan pembohongan, dia membuat robot itu sehinggakan ketika mendengar pembohongan, robot tersebut akan terus menampar si pembohong itu…


Samad dengan bangganya membawa robot itu ke ruang tamu dan menunggu anak lelakinya pulang. Tapi anaknya tidak kunjung pulang. Sehingga pagi barulah anaknya pulang.
“Kamu dari mana?” tanya Samad.
“Ada pelajaran tambahan ayah”, jawab anaknya.
*PLANG* Robot tersebut menampar anaknya.

“Nak,ini adalah robot ciptaan ayah, dia akan menampar sesiapa yang berbohong! Sekarang katakan dengan jujur, kenapa kamu pulang lewat??!
“Maaf ayah… saya baru habis menonton movie di rumah kawan…”.
“Cerita apa?
“Cerita Papadom ayah”.
*PLANG*
“Katakan dengan jujur cerita apa?!”
“Maaf ayah… saya tengok cerita lucah”.

Mendengarkan itu marahlah Samad.
“Kamu nie… kecil-kecil dah nakal… kamu nak jadi apa bila besar nanti?! Malukan ayah saja perbuatan kamu nie. Masa ayah kecil dulu , ayah tak pernah pun buat macam nie.

*PLANG* Samad ditampar oleh robotnya.
Suasana hening untuk beberapa ketika…

Isteri Samad kemudian masuk ke ruang tamu dan langsung berkata… “Huh, sama saja kelakuannya, ke mana akan tumpahnya kuah kalau tak ke nasi? Bagaimana pun sememangnya dia anak awak…”
*PLANG*
Robot menampar isteri Samad sebelum isterinya sempat menyelesaikan kata-katanya…
dan semua terdiam…

2 comments:

Najwa Aiman said...

Gambar kat atas tu selepas mandi shower kat bawah tu ek? Jangan bohong! Nanti kena tampar! Ekekekekek...

Asohoku Keita said...

hmmm....