Hola2.. Yuppy.. Sori ehh lama xde entri baru.. Even entri nih pon sbenar nyer dah lama berlaku.. Saje up kat blog supaya leh jadi panduan utk korang dapat idea untuk bercuti.. Adalah dimaklumkan bahawa pada 15 Oktober 2011, aku bersama2 rakan2 opismate bercuti riang ria di Pasir Putih Resort, Kalumpang, Hulu Selangor.. Ini merupakan kali ke 3 kami berpiknik dan Kalumpang menjadi port untuk edisi kali ini.
Ak-kisah mmg plan asal kami nak g tros ke Kalumpang Resort, namun memandangkan bilangan peserta yg join nih ramai sgt, jadi Encik Bro Jais telah mencadangkan port bersebelahan Kalumpang Resort ini.. Disamping harga bayaran masok semurah RM3.00/seorang sahaja untuk kanak2 berumur 5 tahun ke atas dan dewasa.. Kalu nak compare dgn bayaran masok Kalumpang Resort iaitu RM10.00, sememang nyer kos itu dpt dikurangkan banyak dengan berkunjung ke Pasir Putih Resort ini..
Stelah melalui highway PLUS menuju ke utara, kami susur keluar di persimpangan Tanjung Malim.. Troskan perjalanan slepas exit toll dan masok simpang kanan disimpang tiga hadapan.. Kemudian sila teruskan perjalanan sampai lah korang nampak signboard ke Kalumpang.. Sgt senang nak cari tempat ini..
Slepas memasuki pintu pagar Pasir Putih Resort ini, mmg anda dijanjikan dengan pemandangan yang menarik beserta dengan signature nyer skali iaitu sungai yang jernih dan bersih.. Sememang nyer ia merupakan port mandi manda bersama keluarga yang pasti nya menggamit kenangan manis bersama. Di sini juga, aktiviti berkhemah, bermain bola tampar, karaoke juga disediakan.. Bagi mereka yg nak wat famili day tuh mmg sgt sesuai sbb tempat parking yang besar, ada surau, toilet yang bersih, tempat barbeku yg besar dan ader ruang besar juga untuk aktiviti sukaneka..
No comments:
Post a Comment