rss
twitter
    Jom follow Twitter saya @fadlitahir :)

Sunday, 1 May 2011

Halalkah Makanan Itu??

Al kisah harini tetiba adik aku curious plak pasal minuman yg dia da selamat bedal malam tadik.. Da disebabkan rasa ingin tahu beliau, maka telah memaksa aku utk search kepastian sama ada air yg diminum tuh halal ker tidak.. Ini semua berpunca daripada bahan ramuan yg tertera pada bekas minuman berkenaan. 

Kebanyakan antara kita tahu jika antara bahan emulsi yg digunakan dalam minuman / makanan akan mempunyai simbol atau kod huruf E dan diikuti nombor2, maka perlu berhati2 sama ada ia halal atau pon tidak.. Kebanyakkan email berantai yg kita dapat tuh pon blom tentu sah sbenar nyer sbb kita mmg mudah terdedah dengan fakta yg palsu dan mengelirukan.. 


Oleh itu apa kata kita buat rujukan yg betul dengan mengakses lawan sesawang (da mcm ayat TV1 jek.. Hahaha..) JAKIM melalui alamat www.halal.gov.my. Sila masukkan sama ada nama syarikat / produk / premis makanan / menu atau rumah sembelihan. Insyaallah anda akan dapat pastikan status halal makanan berkenaan. Kalu xde jugak dalam list tuh, pastu pepaham lah kan ia tidak halal..

No comments: