rss
twitter
    Jom follow Twitter saya @fadlitahir :)

Friday, 23 April 2010

Mari Tukar Windscreen

Salam tulus ikhlas buat sumer yg mengikuti perkembangan blog ku ini.. adapon pada kali ini, izinkan aku untuk menceritakan tentang perihal cermin keretaku yang telah ditukar ganti pada minggu yang lepas. Untuk makluman semua, aku perlu menukar cermin hadapan berkenaan demi mematuhi arahan JPJ untuk aku lulus dalam ujian pengesahan enjin turbo kecilku itu. Apa kaitan antara enjin kereta dengan cermin kereta pula? Marilah kita bersama-sama terus membaca entri blog ku ini.


Bagi kebanyakkan rakan-rakan rapatku pada umumnya telah mengetahui bahawa sesi endorse enjin kali pertamaku telah gagal pada Januari 2010 yang lalu.. ini adalah kerana terdapat retakan panjang melebihi 6 inchi beserta kelemahan brek belakang dan brek tangan (handbrek laa…) yang tidak cemerlang. Oleh kerana disebabkan permasalahan dari segi kewangan yang membebankan, maka urusan penukaran cermin hadapan perlu ditangguhkan buat sementara waktu. Walaubagaimanapun, untuk pelarasan semula brek belakang dan brek tangan adalah mudah sahaja. Cuma perlu kembali ke bengkel dan mohon pertolongan daripada juruteknik yang dibertauliah (wowwww…).
Ditakdirkan rezekiku akhirnya tiba kerana pihak bank telah membuat pelarasan semula akaun bank aku (ader internal story yerr kawan2.. so xperlu cerita kot.. hehe..), maka aku pon menerima cek sejumlah kos penukaran cermin hadapan berkenaan. Maka alangkah gembiranya hati ini kerana aku mampu untuk menukar cermin berkenaan demi mencapai cita2 yang gemilang bersama Puspakom yang diingati selalu.. (wahahaha..).. khamis lepas, aku ditemani teman yg sempat meloloskan diri dari bekerja (wahaha) terus ke Puchong untuk menukar cermin hadapan berkenaan. Setibanya di kedai berkenaan, terus aku bertanyakan harganya dan mujurlah aku menemui kedai yang betul. Ini kerana, kedai lain tidak menawarkan harga semurah harga yang ditetapkan seperti kedai ini.

Keretaku dialihkan dan sesi penukaran dan pemasangan cermin hadapan yang baru terus dilakukan. Hati berasa sedikit kagum tentang bagaimana cara ia dilakukan. Dikala cermin hadapan berjaya diasingkan, maka itu merupakan detik pertama kali ku melihat keretaku sedemikian rupa (yerloh, xkan nak tuka cermin hari2.. mau kopak aku.. hahaha..) cermin lama ditukar ganti dengan cermin yang baru. Seperti yang dimaklumkan oleh pemilik kedai, cermin kereta perodua kenari adalah sama saiznya dengan kereta perodua kembara (ini kerana kereta sorong tidak mempunyai cermin hadapan.. wakakaka..) Sekali lagi aku bernasib baik kerana stok cermin terakhir dapat dipasang ke atas keretaku ini (kalu x, mau kene tunggu stok baru plak sampai).
Setelah semua nyer siap dipasang, aku terus membuat pembayaran dikaunter. Wang sejumlah RM320.00 dihulurkan untuk harga cermin windscreen double layer dan kos pemasangannya sekali. Untuk makluman kalian semua, sekiranya getah yang terdapat disekeliling cermin asal masih dalam keadaan yang sihat, maka ia tidak perlu ditukar ganti. Sekiranya getah berkenaan telah rosak, maka tambahan wang sebanyak RM25 akan dikenakan. Nasib aku baik kerana getah cermin ku masih dalam keadaan yang membanggakan (hehehe..) Oleh itu, marilah rakyat2 sekalian sekiranya anda berhajat untuk menukar cermin hadapan dengan kos yang agak murah, maka anda semua adalah dinasihatkan untuk berkunjung ke kedai cermin ini. Lokasi nya berada dibahagian kawasan komersil yang terletak dibahagian belakang pasaraya Tesco. Saya berharap agar dengan penerangan ini dapat memberi sedikit sebanyak gambaran tentang penukaran cermin hadapan keretaku yang dicintai. Hehehehe.. (penat aku perah otak wat ayat skema nih weehhhhh…)

No comments: