rss
twitter
    Jom follow Twitter saya @fadlitahir :)

Friday 15 April 2011

Pengalaman Pertama Di Litar F1 Sepang


Hola2 guys.. Mmg ia merupakan satu pengalaman yang amat berharga buat aku.. Yerlah.. Sepanjang hidup aku dan walaupon umah aku nih xde laa jauh sangat kalu nak ke litar F1 Sepang nih, maka inilah kali pertama aku dapat menjejakkan kaki untuk melihat depan mata sendiri sejauh mana kehebatan kereta F1 yg sgt laju itu..

Sebelum nih pernah gak ke litar F1 Sepang nih, tp bukan sebab tgk keta2 F1, cuma memeriahkan lagik konvoi2 kelab2 kerata ke litar F1 demi perlumbaan GT Super Series tidak lama dahulu.. Yesss!!! Dengan peluang yang diberikan oleh member aku Syammiel yg bekerja di KBS, so aku dapat lah 4 tiket percuma untuk menonton perlumbaan F1. Xkesah lah walaupon dapat tiket utk port atas bukit xde bumbung,  tp semangat tuh mmg eksited gler ahh utk aku layan F1.. 




Sudah tentu nyer aku bersama NL serta ditemani oleh 2 rakan iaitu Pyan Puccaz dan Hatim, akhirnyer berjaya gak kami menjejakkan kaki ke litar ini.. Adalah dimaklumkan juga bahawa parking merupakan satu isu juga kerana nilai yg dikenakan adalah sebanyak RM50.00.. Perghhh!!! Mmg mahal.. Asal nyer kami menaiki 2 keta kenari berasingan, last2 terpaksa lah naik satu jek demi menjimatkan kos.. Namun rezki mendatang xsaper yg tau kan.. Pyan n Hatim blanje kami byr duit parking tuh.. Hehehe.. Save budget sket..


Ini bukan aper beb.. Semua telah sedia maklum dan bersedia bahawa harga makanan dan minuman didalam sana mmg xlogik dan meningkat kaw2 punyerr.. Maner xnyer.. Makanan dan minuman yang dibeli dari luar sudah semesti nyer tidak dibenarkan bawa masok.. Mmg ader pemeriksaan rapi ke atas beg2 yg dibawa pengunjung sewaktu memasuki gate utama.. Sebagai makluman kawan2, harga air tin ialah sebanyak RM5 setin manakala harga burger ayam bersaiz agak besar gak laa beserta potato wedges sket adalah bernilai RM20.00. Hebat kan.. Xpo laa redha demi pengalaman punyer pasal.. Hehehe..


Sesi perjalanan kami dimulakan dengan memasuki ruangan utama dimana satu kawasan berhadapan pintu masok telah dikhaskan untuk para peminat untuk amek otograf daripada pelumba2 F1.. Pada yg berminat untuk mendapatkan tandatangan berkenaan, mereka perlu berbaris panjang walaupun sehingga terpaksa berjemur dibawah terik panas matahari demi mencapai impian. 

 

Kemudian kami juga mengunjungi booth2 cenderamata pihak pengeluar kenderaan dan penaja seperti Mercedes, Redbull, Petronas dan lain2. Harga?? Korang pon dah bleh agak laa kan.. Tp bagi mereka yang ber'wang' tuh, ia bukan nyer satu masalah... Dah nama pon Kipas Susah Mati kan.. Hehehe.. 


Masa berlalu dengan pantas, maka kami perlu bergerak masok ke kawasan tempat duduk yg telah ditetapkan. Lokasi nyer adalah di Pintu Masok K2, tiket disemak dan dibenarkan masok.. No outside food ya!!.. Hehehe.. Kami masok dalam tuh dalam pukul 2 petang walaupun sebenar nyer perlumbaan F1 dimulakan hanya pada pukul 4 petang.. Lama lagik tuh.. Hehehe.. Aper bleh buat.. Perlu lebih awal semata2 untuk dapat port tempat duduk yg terbaik.. Memula nak duduk kat bwh pokok jek, tp teringat plak pesan Zahari supaya jgn dok bwh pokok.. Nanti kene gatal2 kulit plak.. So kami pon duduk jarak2 sket ngan pokok.. At least masih lagik berteduh sket..


Namun cuaca mendung tros menyelubungi litar seolah2 hari mahu hujan.. (Wahh.. da macam ayat novel jek.. Hehe..) Xpe2.. Kami tros lepak walaupon risau takot tetiba ujan lebat plak.. Hancus harapan sbb bwk 1 payung jek.. Kekeke.. Syukur hanya hujan gerimis jek dalam 10 minit cenggitu.. Yang paling menakjubkan, sepanjang 3 jam lebih kami di situ, cuaca yg mendung amat bagus dan sekaligus mengelakkan kami kene sunburn.. Hehehe..


Perlumbaan pertama adalah Super Series.. Macam open kategori jek.. Bagi aku, keta yg paling gempak join race nih adalah keta lamborgini dan yang paling cikai pon Satria Neo.. Maybe ader turbo charge kot Neo tuh.. Hehehe.. Lepas tamat, perlumbaan seterus nyer adalah perlumbaan A1 plak.. Kira enjin nyer lebih jambu sket arr daripada F1 kan.. Nampak keta mcm basic jek.. Tp cuba fikirkan gaji staff dan pelumba itu sendiri.. Mesti masyukk kan.. Hehehe... Dalam kol 3.15 petang race pon tamat dan kami mula kebosanan kerana lambat lagik F1 mahu bermula..


Tetiba dalam kol 3.30ptg kedengaran deruman enjin F1 yg baru sahaja mahu memanaskan enjin mereka.. Woowww!!!! Kesemua pengunjung bagaikan bernafas semula wpon hanya dengan deruman enjin F1 berkenaan.. Dalam kol 3.40ptg, sesi pusingan pemanas enjin dilakukan.. Sememang nyer kesemua pengunjung yang tidak sabar melihat dan mendengar sendiri kehebatan deruman enjin F1 yg sememang nyer bising dan bingit; menjadi begitu teruja dan kegembiraan.. Jam telah menunjukkan pukul 4.00 ptg dan perlumbaan dilepaskan.. Jeaahhh!!!! What a moment beb!!! Hebat gler melihat kesemua jentera F1 berlumba untuk mendapatkan posisi utama dihadapan.. Byk woo... 


Pengalaman yang hebat.. Kamera2 pengunjung juga mmg tidak henti mengambil gambar mahupun video demi diabadikan secara peribadi mahupon dikongsi bersama seperti di Facebook.. Hehehe.. Mmg laju weehh keta F1 nih nak abeskan satu pusingan.. Tau2 jek tetiba da sampai depan mata lagi untuk pusingan yang seterusnya.. Yupp mmg diakui jika berada di trek, konpem sampai satu masa / pusingan tuh kita xtau saper yg leading race tuh.. Hehe.. Yerlah.. Byk kot kereta2 F1 nih.. Hehehe.. Almaklumlah baru lepas dalam 3 pusingan kalu xsilap, kesemua keta kene tuka tayar sbb ujan gerimis mula turun.. Xlama lepas tuh kene tuka semula tayar normal sbb ujan dah berhenti.. Isi minyak, tukar tayar dan tukar set yg pecah atau patah sememang nyer mempengaruhi masa yg dikejar..


Korang pon mesti pernah tgk F1 sama ada di TV mahupon di litar.. Memang byk aksi dan kenangan yg tidak dapat dilupakan.. Mmg lebih menarik kalu dapat tempat duduk di Grand Stand.. tp bler fikirkan semula harga tiket yg konpem meninggal tuh, mmg kene pk banyak kali kalu berminat nak tgk dengan view yg sgt terbaik..


Yuppp.. Stelah Vettel dari Redbull menamatkan perlumbaan, kesemua pengunjung termasok kami pon beredar keluar.. Konpem  jem.. Yerr.. Mmg sesak beb.. Bermula dari nak kuar dari gate, xde perkhidmatan bas shuttle dan kesesakan jalanraya; konpem ia adalah pakej yg lengkap.. Hehehe.. Akhirnya kami memutuskan untuk pulang melalui jalan dalam ke arah bandar Nilai dan masok Highway Seremban KL.. Sgt2 penat. Tp aku tidak serik andai diberi peluang lagi pada masa hadapan.. ;D


No comments: